Saturday, December 10, 2011

Pengilangan Fishball Al-Shafeq



Al-Shafeq pengilang IKS bebola ikan bumiputera yang gigih meneruskan perusahannya bermula secara kecil-kecilan dengan mendapat bimbingan dari Jabatan Perikanan. Kini pengeluarannya mula berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi dari pasar-pasar dan peruncit.







Kelebihan Fishball Al-Shafeq dibuat dari isi ikan segar yang belum diadun. Resipi pengadunannya dibuat sendiri bagi memastikan semua bahan-bahan resipinya halal.





Ini adalah merupakan proses pengacuan bebola ikan setelah resipi adunan dibuat. Kualiti fishball sentiasa dijaga dalam proses ini dan seterisnya ia akan direbus dan dipeketkan.

Wednesday, April 15, 2009

25/03/09 - Rombongan ke Pulau Pinang




ZNR telah menyertai rombongan ke Pameran Bioteknologi Perikanan di Batu Maung Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Selangor. Rombongan berlepas pada 25-27hb Mac 2009 bersama enam lagi usahawan perikanan Selangor.

Disamping melawat pameran, jadual telah diatur oleh Jabatan Perikanan Selangor untuk melawat beberapa tempat perniagaan usahawan Pulau Pinang.